Profile Ringkas

Imind Trainig Centre didaftarkan pada 16 oktober 2008 (001803227-M) dengan hasrat untuk memberikan motivasi kesedaran serta latihan kepimpinan kepada para remaja dan belia dalam usaha untuk memajukan diri dari pelbagai aspek kehidupan. Kami memberikan penekanan terhadap aspek kerohanian dan kepimpinan supaya hasilnya nanti mampu untuk melahikan individu yang mampu untuk memimpin diri dan masyarakat berlandaskan prinsip Islam


Nadwah Kepimpinan Islam (NADI 09)

Posted by admin


Pada 5 hingga 7 Jun 2009, program Nadwah Kepimpinan Islam Masjid Negara telah diadakan. Program ini diadakan dengan kerjasama iMIND Training Centre. Seramai lebih kurang 45 orang pelajar telah menyertai program ini. Program ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik di kalangan para peserta. Serentak dengan cuti sekolah yang berjalan, program ini menjadi satu agenda penting dalam memanfaatkan cuti sekolah di kalangan remaja-remaja sekolah. Program ini bermula dari pukul 4.00 petang, 5 Jun 2009 dan berakhir pada 3.30 petang, 7 Jun 2009.KLIK SINI UNTUK LIHAT GAMBAR

Antara Objektif yang digariskan adalah:-
1. Memupuk serta mengukuh ciri dan nilai kepimpinan dalam diri.
2. Melatih dan mengukuhkan sifat kepemimpinan dan pengurusan organisasi.
3. Menyedarkan para pelajar tentang dakwah dari aspek kepimpinan.
4. Melahirkan pemimpin masa depan yang karismatik, berketerampilan dan bertaqwa.

Pihak iMind Trainig Centre mengucapkan tahniah kepada para peserta Nadwah Kepimpinan Islam atas kejayaan dan komitmen yang ditunjukkan dalam program ini. Semoga Kalian semua menjadi pemimpin yang hebat dan diberi kekuatan oleh Allah untuk menyumbang kepada Islam.

Baca Selanjutnya

“ Mak, ayah... Maafkan kami... ” - KReS

Posted by admin


Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh team pelaksana Kem Remaja Soleh (KreS 1) yang diadakan baru-baru ini di Kem Rimba Ria Suara Hutan, Hulu Langat. Penganjuran buat pertama kalinya dengan kerjasama Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mendapat sambutan dan pujian hangat daripada ibu bapa yang tidak putus-putus bertanyakan mengenai perkembangan anak mereka sepanjang program berlangsung. Tanda kasih ibu bapa pada anak-anak mereka yang bakal mendoakan kebahagiaan mereka.KLIK SINI UNTUK LIHAT GAMBAR

Jumaat (12 Jun 09)- KReS kali ini memfokuskan kepada pendedahan peserta kepada situasi yang lebih islamik. Inilah masanya untuk peserta bermanja dan berjinak dengan zikir, solat, qiamullail dan merasai erti “bertuhan” sekalipun mereka mungkin sebahagiannya tidak pernah merasai manisnya pengalaman begini, maka biarlah KReS menjadi medan pertama mereka merasai kemanisannya.

Sabtu (13 Jun 09) - Hari kedua menyaksikan peserta dibawa ke hutan untuk slot SURVIVOR. Rata-rata peserta yang ditemubual memberikan respon bahawa slot inilah yang merupakan “Wow Factor” kepada KReS kali ini. Dalam slot ini, peserta perlu 100% berdikari atas kemampuan diri dan meletakkan tawakkal yang tertinggi kepada Allah swt. Selepas selesai memasang khemah dan solat asar berjamaah di hutan, peserta berpeluang merasai pengalaman membakar ayam menggunakan buluh. Setiap peserta mempunyai tugas masing-masing dan lebih kurang 1 jam masa diambil untuk memastikan ayam benar-benar masak. Fuhhh, inilah pertama kali pengalaman membakar ayam menggunakan buluh. MasyaAllah, tanpa kami percayai, rasanya sungguh enak sehingga ada yang tidak cukup makan. Apakan daya, sikit sama dirasa, barulah ukhuwwah namanya.

Slot “Kita hamba, tapi mengakukah kita?” yang juga merupakan slot muhasabah pada malam kedua menyaksikan ramai dikalangan peserta yang mungkin sedkit keras hatinya menitiskan airmata kekesalan atas dosa lalu. Saat inilah mereka mengenang nilai harga pengorbanan ibubapa yang tanpa penat mendidik mereka dari kecil. “Mak, ayah… maafkan kami. Kami janji tak tinggal solat lagi… Kami nak jadi anak yang soleh untuk mak ayah… supaya Allah terima doa kami bila mak ayah dah takda nak temankan kami nanti… ”. Itulah antara ungkapan yang keluar dari bibir anak-anak ini yang hakikatnya ingin berubah, tapi mungkin tidak tahu bagaimana dan siapa yang boleh membimbing mereka.

Ahad (14 Jun 09) – Saat ini tibalah masa peserta berpisah dari pertemuan yang sementara. Slot bersama ibu bapa digunakan sepuasnya untuk peserta mendakap dan mencium ibubapa masing-masing. Inilah hakikat sebenar kasih sayang sebuah keluarga. Semoga kalian menjadi anak soleh solehah (“,). Nantikan KReS 2 ogos nanti.

-Team iMind-

Baca Selanjutnya

Kem Motivasi Dan Kecemerlangan Sahsiah '09

Posted by admin


Kem Motivasi dan Kecemerlangan Sahsiah telah berlangsung dengan jayanya pada 27feb hingga 1 mac 2009 di Sekolah Kebangsaan Ulu Yam Bharu (S.K.U.Y.B), Ulu Yam Selangor. Kem Motivasi ini dianjurkan oleh pihak sekolah dengan kerjasama iMind Training Centre. Seramai 176 orang peserta terlibat dalam kem motivasi ini iaitu 76 pelajar lelaki dan 100 pelajar perempuan yang sebahagian besarnya adalah pelajar darjah enam.KLIK SINI UNTUK LIHAT GAMBAR

Kem Motivasi dan Kecemerlangan Sahsiah ini dianjurkan bertujuan memberikan kesedaran kepada pelajar, peri pentingnya belajar bersungguh-sungguh untuk mecapai keputusan yang cemerlang. Selain itu, membentuk jati diri sebagai seorang pelajar yang mempunyai sahsiah mulia dan berdisiplin di samping untuk menguatkan lagi ukhwah dan silaturrahim antara pelajar, guru-guru dan ibu-bapa.

Lirik Lagu Tema: Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

Pihak perunding motivasi (iMind Training Centre) mengucapkan tahniah kepada seluruh peserta KEM MOTIVASI DAN KECEMERLANGAN SAHSIAH ’09 kerana telah berjaya mengikuti program ini dengan baik dan cemerlang. Terima kasih dan setinggi penghargaan kepada pihak sekolah kerana memilih kami (iMind Training Centre) selaku perunding motivasi bagi menjayakan program ini.

Baca Selanjutnya

Kem Kepimpinan Pelajar SAMER

Posted by admin

Daurah Kepimpinan pelajar anjuran Sekolah Agama Menengah Rawang (SAMER) dengan kerjasama iMind Training Centre yang diadakan pada 6 hingga 8 Februari lalu ternyata berjaya melahirkan individu pemimpin muda di peringkat sekolah yang berjiwa besar. Program yang berlangsung selama 3 hari itu melibatkan penyertaan 125 orang peserta yang juga merupakan barisan kepimpinan pelajar sekolah berkenaan.

Guru penasihat program berkenaan, En. Abdul Hidir Afnizal ketika ditemuramah berkata, objektif penganjuran daurah kepimpinan ini adalah bertujuan mengukuhkan identity dan jatidiri kepimpinan di kalangan pelajar disamping melahirkan kepimpinan pelajar yang mampu mencetus idea-idea baru. Selain itu, elemen pengisian program yang sarat dengan aspek pembentukan dan pembinaan ciri-ciri kepimpinan manjadi faktor utama kejayaan program yang dianjurkan pada kali ini. Aktiviti-aktiviti seperti membongkar masalah organisasi dan cara penyelesaian, "special debate", "money matter", "creative minded" dan banyak lagi menjadikan program sepanjang 3 hari benar-benar memberikan kesan mendalam di kalangan peserta program yang terdiri daripada kepimpinan pelajar tingkatan 3 hingga 5.

Antara lain, menurut wakil iMind Training Centre yang juga merupakan penganjur bersama program, En Mohammad Fauzan Maaruf ketika dihubungi sebagai berkata, penganjurannya pada kali ini lebih menumpukan kepada pembinaan kredibiliti peserta, karismatik, budaya "volunteer", "outspoken", dan cetusan idea kritikal. Pihaknya mengalu-alukan mana-mana pihak sekolah yang ingin terlibat secara langsung dalam penganjuran program seumpamanya. Beliau boleh dihubungi di talian 013-7041600. Program berkenaan menutup tirainya pada jam 1 petang dengan penuh jayanya.

Baca Selanjutnya

KRes SMKc2

Posted by admin

KLIK PADA GAMBAR UNTUK SAIZ BESAR


KEMBALI KE HALAMAN UTAMA



Baca Selanjutnya