Profile Ringkas

Imind Trainig Centre didaftarkan pada 16 oktober 2008 (001803227-M) dengan hasrat untuk memberikan motivasi kesedaran serta latihan kepimpinan kepada para remaja dan belia dalam usaha untuk memajukan diri dari pelbagai aspek kehidupan. Kami memberikan penekanan terhadap aspek kerohanian dan kepimpinan supaya hasilnya nanti mampu untuk melahikan individu yang mampu untuk memimpin diri dan masyarakat berlandaskan prinsip Islam


“ Mak, ayah... Maafkan kami... ” - KReS

Posted by admin


Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh team pelaksana Kem Remaja Soleh (KreS 1) yang diadakan baru-baru ini di Kem Rimba Ria Suara Hutan, Hulu Langat. Penganjuran buat pertama kalinya dengan kerjasama Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mendapat sambutan dan pujian hangat daripada ibu bapa yang tidak putus-putus bertanyakan mengenai perkembangan anak mereka sepanjang program berlangsung. Tanda kasih ibu bapa pada anak-anak mereka yang bakal mendoakan kebahagiaan mereka.KLIK SINI UNTUK LIHAT GAMBAR

Jumaat (12 Jun 09)- KReS kali ini memfokuskan kepada pendedahan peserta kepada situasi yang lebih islamik. Inilah masanya untuk peserta bermanja dan berjinak dengan zikir, solat, qiamullail dan merasai erti “bertuhan” sekalipun mereka mungkin sebahagiannya tidak pernah merasai manisnya pengalaman begini, maka biarlah KReS menjadi medan pertama mereka merasai kemanisannya.

Sabtu (13 Jun 09) - Hari kedua menyaksikan peserta dibawa ke hutan untuk slot SURVIVOR. Rata-rata peserta yang ditemubual memberikan respon bahawa slot inilah yang merupakan “Wow Factor” kepada KReS kali ini. Dalam slot ini, peserta perlu 100% berdikari atas kemampuan diri dan meletakkan tawakkal yang tertinggi kepada Allah swt. Selepas selesai memasang khemah dan solat asar berjamaah di hutan, peserta berpeluang merasai pengalaman membakar ayam menggunakan buluh. Setiap peserta mempunyai tugas masing-masing dan lebih kurang 1 jam masa diambil untuk memastikan ayam benar-benar masak. Fuhhh, inilah pertama kali pengalaman membakar ayam menggunakan buluh. MasyaAllah, tanpa kami percayai, rasanya sungguh enak sehingga ada yang tidak cukup makan. Apakan daya, sikit sama dirasa, barulah ukhuwwah namanya.

Slot “Kita hamba, tapi mengakukah kita?” yang juga merupakan slot muhasabah pada malam kedua menyaksikan ramai dikalangan peserta yang mungkin sedkit keras hatinya menitiskan airmata kekesalan atas dosa lalu. Saat inilah mereka mengenang nilai harga pengorbanan ibubapa yang tanpa penat mendidik mereka dari kecil. “Mak, ayah… maafkan kami. Kami janji tak tinggal solat lagi… Kami nak jadi anak yang soleh untuk mak ayah… supaya Allah terima doa kami bila mak ayah dah takda nak temankan kami nanti… ”. Itulah antara ungkapan yang keluar dari bibir anak-anak ini yang hakikatnya ingin berubah, tapi mungkin tidak tahu bagaimana dan siapa yang boleh membimbing mereka.

Ahad (14 Jun 09) – Saat ini tibalah masa peserta berpisah dari pertemuan yang sementara. Slot bersama ibu bapa digunakan sepuasnya untuk peserta mendakap dan mencium ibubapa masing-masing. Inilah hakikat sebenar kasih sayang sebuah keluarga. Semoga kalian menjadi anak soleh solehah (“,). Nantikan KReS 2 ogos nanti.

-Team iMind-

0 comments:

Post a Comment