Profile Ringkas

Imind Trainig Centre didaftarkan pada 16 oktober 2008 (001803227-M) dengan hasrat untuk memberikan motivasi kesedaran serta latihan kepimpinan kepada para remaja dan belia dalam usaha untuk memajukan diri dari pelbagai aspek kehidupan. Kami memberikan penekanan terhadap aspek kerohanian dan kepimpinan supaya hasilnya nanti mampu untuk melahikan individu yang mampu untuk memimpin diri dan masyarakat berlandaskan prinsip Islam


Nadwah Kepimpinan Pelajar

Posted by admin

PENGENALAN
Program ini bertujuan untuk melatih dan membimbing kepimpinan sekolah dalam usaha melahirkan pemimpin yang mempunyai kefahaman tentang aspek kepemimpinan dan juga pengurusan organisasi. Program ini akan memberi penekanan terhadap tiga aspek pembangunan insan iaitu aspek karismatik, keterampilan dan ketaqwaan. Dalam memastikan peserta memahami dan menjiwai semangat dan prinsip kepimpinan, mereka akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang mencabar kemampuan minda dan fizikal. Aspek ‘Tarbiyyah Islamiyyah’ juga menjadi dasar penerapan kami dalam program kepimpinan ini. 

OBJEKTIF

  1. Memupuk serta mengukuh ciri dan nilai kepimpinan dalam diri.
  2. Melatih dan mengukuhkan sifat kepemimpinan dan pengurusan organisasi.
  3. Menyedarkan para pelajar tentang dakwah dari aspek kepimpinan.
  4. Melahirkan pemimpin masa depan yang karismatik, berketerampilan dan bertaqwa.

TEMA
We Lead The Leader


0 comments:

Post a Comment