Profile Ringkas

Imind Trainig Centre didaftarkan pada 16 oktober 2008 (001803227-M) dengan hasrat untuk memberikan motivasi kesedaran serta latihan kepimpinan kepada para remaja dan belia dalam usaha untuk memajukan diri dari pelbagai aspek kehidupan. Kami memberikan penekanan terhadap aspek kerohanian dan kepimpinan supaya hasilnya nanti mampu untuk melahikan individu yang mampu untuk memimpin diri dan masyarakat berlandaskan prinsip Islam


IBADAH CAMP

Posted by admin

PENGENALAN

IBADAH CAMP ini lahir atas kesedaran kami bahawa solat adalah penentu kepada kecemerlangan setiap insan. Seruan azan yang dialunkan untuk menyeru kepada solat terkandung di dalamnya laungan ‘Marilah Menuju Kejayaan’. Kejayaan yang dimaksudkan bukan sahaja ditujukan kepada kecemerlangan di akhirat, malahan yang lebih penting kecemerlangan di dunia. Lantaran kecemerlangan sebenar-benarnya di dunia jambatan kejayaan di akhirat sana. Seorang pelajar cemerlang bukan sahaja yang cemerlang keputusan akademiknya, tetapi yang cemerlang sahsiahnya, terserlah kepimpinannya, subur akhlaknya dan terjaga imannya. Kecemerlangan ini hanya akan lahir dari solat yang sempurna. Solat seperti ini lahir dari kesedaran dari dalm diri sendiri.

Demikianlah pendekatan yang ingin kami bawa dalam kursus IBADAH CAMP. Kami ingin melahirkan kesedaran kepada jiwa pelajar-pelajar bahawa solat adalah punca kepada kecemerlangan seseorang individu. Kami inginkan supaya hasil dari solat yang sempurna terzahir dalam perbuatan harian mereka.

Harapan kami supaya selepas mengikuti kursus ini, pelajar-pelajar ini sedar dan tahu akan kewajipan solat dan seterusnya istiqomah dalam menunaikan solat. Lebih dari itu, diharap kesan dari solat itu terzahir pada taatnya mereka kepada ibu-bapa, hormatnya mereka pada guru-guru, rajinnya mereka dalam pembelajaran di sekolah, kuatnya iman mereka menahan diri dari melakukan perkara-perkara mungkar dan dekatnya hati-hati mereka pada melakukan perkara-perkara kebaikan. Semuanya terangkum apabila kunci hati itu dibuka iaitu dengan menunaikan solat.

Kami mengalu-alukan kepada ibu-bapa dan guru-guru yang mahukan anak-anak atau pelajar-pelajar mereka solat dengan erti kata sebenar untuk menghantar anak-anak ke kursus IBADAH CAMP ini. Samada anak-anak atau pelajar-pelajar anda tiada kesedaran untuk bersolat atau tidak terzahir kesan solat pada mereka, kami mengalu-alukan kedatangan mereka untuk kami bantu melalui perkongsian pengalaman dan ilmu kami kepada mereka. Pesanan kami, jangan biarkan mereka terus hanyut dalam dunia yang gelap jika mereka telah terjebak dengan gejala-gejala sosial di zaman penuh pancaroba ini. Mari bantu mereka dengan menghantar mereka ke sini. Kami sedia membantu mereka. 

OBEJKTIF

1 Memupuk sifat cintakan ibadah.
2 Menanam keyakinan bahawa ibadah merupakan punca tiap kejayaan.
3 Membina kefahaman bahawa setiap amal itu adalah ibadah.
4 Menyuntik motivasi untuk menjadi pelajar cemerlang.

APA YANG PESERTA BAKAL PEROLEH

1 Kesedaran tentang kewajipan solat.
2 Solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan.
3 Ilmu tentang perkara-perkara sebelum solat seperti wudhu’,tayamum dan mandi wajib
4 Bekalan zikir-zikir dan doa-doa sebagai bekalan untuk diri.
5 Penghayatan erti sebenar hidup sebagai hamba Allah.
6 Lebih bermotivasi dan sentiasa yakin akan potensi diri menjadi lebih cemerlang.

0 comments:

Post a Comment