Profile Ringkas

Imind Trainig Centre didaftarkan pada 16 oktober 2008 (001803227-M) dengan hasrat untuk memberikan motivasi kesedaran serta latihan kepimpinan kepada para remaja dan belia dalam usaha untuk memajukan diri dari pelbagai aspek kehidupan. Kami memberikan penekanan terhadap aspek kerohanian dan kepimpinan supaya hasilnya nanti mampu untuk melahikan individu yang mampu untuk memimpin diri dan masyarakat berlandaskan prinsip Islam


KReS di SMK Chiku 2, Gua Musang, Kelantan

Posted by admin


1) Ini merupakan program pertama IMind di luar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Alhamdulillah medan dakwah ini Allah izinkan untuk diluaskan ke kawasan milik Allah yang lainnya. Kem Remaja Soleh 2009 (KReS ’09) telah selesai dalam suasana yang begitu hebat dan bersemangat. Seramai 145 orang peserta yang majoritinya perempuan dengan dibantu oleh kekuatan 14 orang team fasi Imind mencetus suatu pendekatan baru dalam proses mendidik jiwa-jiwa remaja muslim ini.

2) “Abang, jangan lupa datang jenguk kami kat sini lagi yer” kata adik Hasliza Mokhtar pada Team IMind pada akhir program.. Itu cerita di akhir program, namun sebelum program bermula, trainer Imind cuba mencari formula terbaik dalam memastikan pendekatan “rohani” dan “berjiwa besar” mampu diterima sebaik mungkin oleh adik-adik peserta dari Felda Chiku 2, Gua Musang ini. Kami diberi gambaran awal supaya bersedia dengan ragam adik-adik peserta ini yang rata-rata dikatakan begitu bermasalah dari segi akhlak dan sahsiah.KLIK SINI UNTUK LIHAT GAMBAR

3) Mula-mula start program, nampak adik-adik ni macam ok je. Tak macam yang digambarkan. Tapi rupa-rupanya bila dah mula slot pada malam pertama dan slot-slot seterusnya, adik-adik ni memang ok.. begitu bersemangat dan “excited”..

4) Hari pertama (16 Julai 09)
- slot yang memfokuskan kepada aspek “kenali pencipta” berjaya membuka ruang di hati peserta untuk bersedia berubah, betulkan niat dan rasa bertuhan.

5) Hari kedua (17 Julai 09)
– ramai peserta yang bila ditanya adakah mereka kenal siapa diri mereka mengangkat tangan tanda kenal diri mereka yang dah hidup berbelas tahun. Tapi bila slot ”Siapa Kita”, baru mereka sedar bahawa mereka belum betul-betul kenal siapa diri mereka, apa potensi diri mereka, kelemahan diri mereka dan betapa hebatnya mereka. Di sinilah bermulanya langkah adik-adik ni demi mencari erti sebuah kehidupan.

- Sesi LDK memang berkesan.. Peranan oleh fasi-fasi yang berjaya mengikat hati adik- adik banyak merungkai masalah peserta yang boleh dikatakan bersifat “personal” tapi berani diluahkan oleh adik kerana sudah menganggap fasi-fasi sebagai abang-abang dan akak-akak mereka. Tahniah Fasi-Fasi.

- Jam 1.00pm, peserta lelaki pergi solat jumaat manakala peserta perempuan mengikuti slot “Bimbingan Jiwa Puteri” bersama-sama dengan fasilitator muslimat. Diluar jangkaan kami apabila adik-adik peserta perempuan begitu berani untuk berkongsi masalah yang yang selama ini menghantui hidup mereka. Nak tahu apa yang diluahkan adik-adik peserta peserta perempuan dengan kami ?? Rahsia…. Mana boleh bagi tahu rahsia kat orang lain.. ini rahsia antara Team Imind dengan adik-adik.. Kan adik-adik =)..

- Sesi petang adik-adik peserta didedahkan dengan aspek “Matlamat Hidup” melalui sesi LDK. Teamwork dikalangan peserta berjaya dizahirkan dalam sesi riadah selepas asar. Suasana sangat meriah dan “havoc” bila mana setiap peserta bersorak memberi semangat dan memenangkan kumpulan masing-masing.

- Sesi malam merupakan “WoW Factor” program. Slot “Muhasabah Hati” membawa adik-adik jauh mengembara alam dan jiwa masing-masing.. mengenali diri dan sebab utama kita diciptakan, selami perjuangan umat-umat Islam terdahulu sekaligus menyedarkan bahawa kita sudah terlalu jauh dari matlamat penciptaan kita sebagai hamba.. semuanya digarap daripada sentuhan hati ke hati dan tayangan visual.

6) Hari ketiga (18 Julai 2009)
- Seawal jam 4.30 pagi, peserta dan fasi-fasi bangun dan bersujud menghambakan diri kepada Sang Pencipta. Qiamullail dan zikrullah di awal pagiyang bukanlah suatu kebiasaan di kalangan peserta menjadi pelembut hati kepada adik-adik ini yang sememangnya mahu berubah.

- Sesi pagi, slot “Share the Moment” merupakan sesi terakhir adik-adik bersama abang-abang dan akak-akak fasi masing-masing.. masa inilah ramai yang membulatkan tekad dan meletakkan azam untuk berubah walaupun mereka tahu ia tak semudah yang disangka. “Kami nak sangat berubah, nak jadi macam orang lain yang `sejuk’ je bila pandang.. Nak pakai tudung labuh, pakai stoking tangan.. Tapi keadaan tak izinkan kami.. Abang dan akak jangan lupa kami ye”.. Antara luahan adik- adik yang sebenarnya amat berat untuk kami sahut.

- Sesi penutup, sesi paling kami tak suka.. perpisahan bila ukhuwah antara hati-hati ini telah terikat erat. “Adik-adik macam tak nak bagi kami balik jer” kata salah seorang fasi kepada peserta.. “Jangan risau, insyaallah nanti kita akan jumpa lagi.. Kami tunggu adik-adik di universiti”..

- Semua peserta sibuk mendapatkan autograf abang dan akak-akak sebagai tanda kenangan akhir motivasi mereka disamping tak lepaskan peluang memeluk erat fasi masing yang sudah terlalu rapat umpama keluarga. Sesi inilah ramai yang menitiskan air mata dan syahdu mengiringi suasana. Namun, medan dakwah bukan hanya terhenti disini. Kami mendoakan adik-adik menjadi insan hebat dan lebih berjaya dari kami. Semoga Umar, Abu Bakar, Salahuddin Al-Ayyubi dan Muhammad Al-Fateh akhir zaman akan lahir dari Felda ini.. Selamat belajar adik-adik.. Ingat janji kita pada Allah !!!

1 comments:

  1. DollsAndSpooks said...

    Hello, your blog is really cool! Please visit mine too, charmedwishes18.blogspot.com thanks!

Post a Comment