Profile Ringkas

Imind Trainig Centre didaftarkan pada 16 oktober 2008 (001803227-M) dengan hasrat untuk memberikan motivasi kesedaran serta latihan kepimpinan kepada para remaja dan belia dalam usaha untuk memajukan diri dari pelbagai aspek kehidupan. Kami memberikan penekanan terhadap aspek kerohanian dan kepimpinan supaya hasilnya nanti mampu untuk melahikan individu yang mampu untuk memimpin diri dan masyarakat berlandaskan prinsip Islam


KEM REMAJA SOLEH (KReS)

Posted by admin

Mahukan cetusan baru dalam diri anak anda ?
AYUH SERTAI KAMI !!!
KEM REMAJA SOLEH (KReS)
12-14 Jun 2009

Kem Rimba Ria Suara Hutan, Sungai Congkak

PENGENALAN
Kem Remaja Soleh (KReS) ini adalah anjuran Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dengan kerjasama iMind Training Centre dan bakal diadakan pada cuti persekolahan JUN ini. Dengan mengunakan pendekatan yang seimbang antara Jasmani dan rohani disamping pemantauan secara terus oleh PUM, program ini meletakkan matlamat yang cukup besar dalam memimpin remaja hari ini supaya mempunyai Jati diri yang kukuh dan Pegangan agama yang mantap. Ayuh Bersama Ulama Membina Bangsa !!!

SASARAN
Remaja berumur 12 – 18 Tahun.

TEMPAT
Rimba Ria Suara Hutan, Batu 20 1/2, Jln Sg. Congkak, Kg Padang, Hulu Langat Selangor.

TEMA
“Akhlak Terpuji Peribadi Cemerlang”

YURAN
RM90

OBJEKTIF
1- Membentuk sahsiah dan jati diri peserta dengan penerapan akhlak Islamiah.
2- Meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab sebagai anak, pelajar & hamba Allah S.W.T.
3- Membina remaja berintegriti dan berjiwa besar sebagai asset masa depan negara.
4- Menyuntik motivasi untuk menjadi pelajar cemerlang.

APA YANG ANAK TUAN-TUAN AKAN PEROLEHI ?
1- Kemahiran & Keyakinan Public Speaking
2- Semangat ukhuwwah antara pasukan (Team-Building)
3- Semangat mengutamakan orang lain (Ithar)
4- Pengalaman mengurus hidup dengan persediaan yang terhad (Survivor).
5- Berfikir Luar Jangka (Think Out of the Box)
6- Berjiwa Besar, Bermotivasi untuk Berubah.

AKTIVITI MENARIK !!!
Pecah Minda, Solat Berjemaah, Qiamullail, Survivor (Masak menggunakan buluh), Jungle Tracking, Team Building, Syiar, Muhasabah Nurani

SEKIRANYA TUAN-TUAN BERMINAT

Langkah 1 (DAFTAR)
  • Hubungi Ustaz Najib (013-2968701) @ Ustaz Fauzan (013-704 1600) @ Ustaz Sheikh (013-296 5724).
  • Berikan Nama penjaga, Nama peserta dan no.ic.
  • (Nama Penuh Peserta dan No IC untuk tujuan mendapatkan INSURAN Takaful Ikhlas).

Langkah 2 (BAYAR PENUH RM90 @ DEPOSIT RM40)
  • Bayaran dibuat atas nama iMind Training Centre di
    BIMB (12047010046224)
    Atau
  • atas nama Mohammad Fauzan b. Maaruf MAYBANK (162339035394)- akaun persendirian
  • Maklumkan kepada penganjur apabila sudah membuat pembayaran
  • Slip/ Resit bayaran perlu diserahkan semasa Pendaftaran untuk bukti pembayaran.
Langkah 3 (MENGHANTAR dan MENGAMBIL)
  • Pengangkutan PESERTA pergi dan pulang adalah tanggungjawab Ibu-Bapa/ Penjaga
  • Pendaftaran pada Jam 4.00 Petang dan Pulang pada jam 1.00 Tengahari.

**KEMUDAHAN PENGANGKUTAN**
(Pengankutan hanya disediakan untuk 40 tempat sahaja dan perlu ditambah RM30 seorang. Berkumpul di Masjid Negara pada hari Jumaat Jam 2.30 Petang dan ibu-bapa boleh mengambil peserta pulang pada jam 3.00 ptg hari ahad di tempat yang sama)

**KEPERLUAN**
  • Pakaian Solat
  • 2 Pasang Pakaian Sukan (Baju Lengan Panjang Untuk Perempuan)
  • Kasut dan stokin
  • Baju yang sesuai untuk aktiviti dewan
  • Selimut
  • Peralatan mandi
  • Lampu picit

SEGALA PERTANYAAN BOLEH TERUS HUBUNGI:
USTAZ FAUZAN – 013 7041600
USTAZ NAJIB – 013 2968701
USTAZ OMAR – 013 2965724


::POSTER::

::PAMPLATE::

0 comments:

Post a Comment