Profile Ringkas

Imind Trainig Centre didaftarkan pada 16 oktober 2008 (001803227-M) dengan hasrat untuk memberikan motivasi kesedaran serta latihan kepimpinan kepada para remaja dan belia dalam usaha untuk memajukan diri dari pelbagai aspek kehidupan. Kami memberikan penekanan terhadap aspek kerohanian dan kepimpinan supaya hasilnya nanti mampu untuk melahikan individu yang mampu untuk memimpin diri dan masyarakat berlandaskan prinsip Islam


Seminar Dinar Emas 2009

Posted by admin


Pada 21 Februari 2009 yang lalu, iMind Training Centre telah diberi penghormatan oleh penganjur untuk turut bersama-sama menjayakan Seminar Dinar Emas (DINAR '09) bertempat di Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Seminar yang bertemakan Revival of Gold Dinar - Duty of the Ummah anjuran Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya (PMKUM) yang dirasmikan oleh Naib Canselor Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon telah menjemput En. Mohammad Fauzan Maaruf yang juga merupakan Pengarah Urusan iMind Training Centre untuk mengemudi perbentangan kertas kerja bagi sesi petang yang membariskan tokoh-tokoh tempatan dan antarabangsa.

Pembentangan tersebut yang sekaligus meletakkan Pengarah Urusan sebaris dengan YB Datuk Paduka Husam Musa (tokoh politik dan ekonomi negara) dan Dr Umar Ibrahim Vadillo (pencetus gelombang dinar emas di peringkat antarabangsa) telah secara tidak langsung mengangkat nama iMind Training Centre serta mengiktiraf kewujudannya bukan sahaja di arena motivasi Negara malah sektor ekonomi dan kewangan Negara.

Ini sejajar dengan khidmat yang ditawarkan oleh Imind Training Centre iaitu bimbingan dan latihan mengurus kewangan. Khidmat yang ditawarkan adalah menjurus kepada pengurusan dan perancangan kewangan peribadi dan keluarga. Ia merupakan persediaan awal membina kemahiran merancang kewangan yang lebih efisyen terutama dalam situasi ekonomi Negara yang tidak menentu hari ini.

0 comments:

Post a Comment